Oleh Amiruddin Lamide Mailang dan Arba’iyah Abdullah
Kerajaan Johor adalah hasil kesinambungan kerajaan Melayu Malaka yang telah jatuh diserang oleh Portugis 24 Juli 1511 diketuai oleh Alfonso de Albuquerque. Sultan Mahmud Shah bersama anaknya Sultan Ahmad Shah termasuk pengikut-pengikutnya telah melarikan diri ke selatan.
Usaha-usaha yang telah dibuat untuk cuba merampas Malaka semula menemui kebuntuan malahan mendesak pusat pentadbiran kerajaan Melayu di Johor berpindah randah akibat serangan Portugis. Sultan yang bertanggung jawab mengasaskan Kesultanan Melayu Johor adalah Sultan Alauddin Riayat Shah II pada 1528 di Tanah Besar Johor atau Ujong Tanah sementara pusat pentadbirannya adalah di hulu Sungai Johor.
Baginda juga telah membina Kota Kara sebagai pelindung keselamatan ibu negeri Johor. Oleh kerana baginda adalah warisan dari Kerajaan Malaka, baginda telah menjadikan negeri-negeri taklukan Malaka sebagai negeri taklukan Johor. Karena itu, secara tidak langsung negeri-negeri taklukan tersebut perlu menghantar laskarnya jika Johor diserang dan dikehendaki menghantar barang ekspornya ke Johor.
Portugis menyerang kerajaan Johor lantaran Johor telah mengganggu perdagangan mereka di Malaka. Ini karana Kerajaan Johor tidak pernah berputus asa dalam menawan kembali Malaka dengan melakukan serangan demi serangan untuk memaksa Portugis menyerahkannya.
Puncak serangan terbesar meletup pada 1551 dengan bantuan Pahang, Jawa dan Perak dan telah mengepung kota Malaka selama tiga bulan tetapi gagal. Pasalnya, pertahanan kota Malaka merupakan kota yang kebal dan sukar untuk ditembusi di samping penggunaan peralatan senjata yang moden oleh tentara Portugis.
Dari segi pentadbiran kerajaan Melayu Johor tidak banyak bezanya dengan kerajaan Melayu Malaka memandangkan ia diasaskan oleh kerajaan Melayu Malaka. Bermula tahun1721, pusat pentadbiran kerajaan Johor tidak lagi berpindah dengan kerap. Antara tahun 1722 hingga 1819 Riau menjadi pusat pentadbiran Johor.
Adapun tahun 1718 hingga 1721 takhta kerajaan Johor telah dirampas oleh seorang putera raja Siak bernama Raja Kecil. Beliau mendakwa dirinya sebagai waris Sultan Mahmud Johor (1685-1699) yang sah. Setelah menggulingkan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV yang bertakhta waktu itu, Raja Kecik mengangkat dirinya sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Dengan bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara (Daeng Perani, Daeng Marewah, Daeng Kemasi, Daeng Chelak dan Daeng Menambun), Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah (Raja Kecik) berjaya ditumpaskan lalu membolehkan Raja Sulaiman putera Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV menjadi Sultan Johor ke-13 bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.
Struktur kuasa kerajaan Johor juga berubah berikutan kewujudan jabatan Yamtuan Muda yang dikhaskan kepada keluarga Bugis karana mengenangkan jasa mereka.
Selepas tahun 1722, hirarki status pentadbiran memperlihatkan terdapat tiga orang yang berkuasa dalam kerajaan negeri Johor yaitu Sultan, Yam Tuan Muda dan satu lagi jabatan yang dipegang oleh orang Bugis yakni Raja Tua. Jemaah Pembesar Negeri (Orang Kaya) yang selama ini dipegang oleh suku Melayu seperti Bendahara, Temenggong dan Laksamana walaupun masih wujud tidak mempunyai kuasa yang luas dan kurang pengaruh terhadap pemerintahan negeri.
Campurtangan Inggris memainkan peranan yang penting dalam pembentukan negeri Johor Darul Takzim. Kepentingan Johor kepada Inggris adalah untuk mengimbangi kedudukan Belanda di Asia Tenggara. Pelantikan Sir Stamford Raffles sebagai gubernur di Bengkulu, Sumatera mempunyai tugas yang besar yaitu untuk mencari penempatan baru untuk Inggris. Pada 29 Januari 1819 Raffles tiba di Singapura dan menjumpai perkampungan Melayu yang dikuasai oleh seorang Temenggung Johor.
Perebutan kuasa antara raja Johor Tengku Abdul Rahman Muazzam Shah dengan abangnya, Tengku Hussein dimanfaatkan Raffles untuk ikut campur tangan di Johor. Maka bantuan diberikan kepada Tengku Hussein untuk merebut kembali takhta kerajaan Johor. Sebagai balasannya Inggris dibenarkan membuka pelabuhan di Singapura dan akan membayar uang tahunan kepada Tengku Hussein sebagaimana termaktub dalam perjanjian pada 6 Februari 1819.
Tengku Hussein menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Hussein Shah dan memerintah dari 1819 hingga 1835. Kemudian, dengan termaktub pula perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda terpaksa mengakui bahwa Singapura menjadi milik Inggiris dan ini menyebabkan Kesultanan Johor terbagi dua iaitu Johor moden dan Kesultanan Riau (dikuasai oleh Bugis) yang baru. Walaupun Tengku Hussein adalah Sultan Johor tetapi Temenggung menguasai Johor.
Tahun 1866, Temenggung Abu Bakar telah dilantik menjadi Sultan Johor dengan gelaran Seri Maharaja Johor. Baginda telah menamakan Bandar Tanjung Puteri di selatan Johor sebagai Johor Bahru. Sultan Abu Bakar yang juga dikenali sebagai ”Bapa Pemodenan Johor” telah memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah pentadbiran yang cakap dan berkesan. Di bawahnya, Johor menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai.
Sultan Johor sekarang ini adalah Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj yang dilantik pada 1981 hingga sekarang. Baginda telah dilantik menjadi Yang Dipertuan Agung pada 1984 hingga 1989. Sultan Iskandar turut dibantu oleh menteri besarnya yaitu Abdul Ghani Othman. Di bawah kepimpinan baginda negeri Johor menjadi termaju di Malaysia.
Kerajaan Melayu Selangor
Tak dimungkiri orang Bugis telah mula membuat penempatan di Selangor terutama di Kelang (dikenal sebagai Klang pada masa sekarang) dan Kuala Selangor sejak abad ke-17. Namun, pada masa itu kedua kawasan tersebut masih berada di bawah jajahan negeri Johor. Menurut sejarah, pada 1682 terdapat seorang putera dari Kedah yang ingin mendapatkan bantuan orang Bugis di mana ketika itu sedang menetap di Kelang untuk menyerang kakandanya. Ini membuktikan bahwa pada masa itu sudah terdapat orang Bugis yang menetap di Kelang.
Pada abad ke-17, Kelang berada di bawah kuasa Orang Besar Kelang yaitu Tok Engku Kelang yang merupakan seorang saudara Sultan Abdul Jalil dari Johor. Pada 1700 semasa kerajaan Johor menjadi semakin lemah, Tok Engku Kelang telah mengurniakan cop mohor kuasa kepada Yamtuan Selangor supaya dapat mentadbir kawasan sungai Selangor.
Selajutnya pada 1717 pecah peperangan antara orang Bugis dan Raja Kecil dari Minangkabau disebabkan oleh Raja Kecil yang memungkiri janjinya kepada orang Bugis semasa menakluk kerajaan Johor. Orang Bugis dikatakan telah menghalau Raja Kecil dari Riau dengan bantuan Selangor yang telah memberikannya bantuan 30 buah kapal tahun 1721. Kemudian, pada 1722 orang Bugis telah melantik Sultan Sulaiman sebagai Sultan Johor-Riau dengan perjanjian bahwa baginda akan mencipta satu jabatan Yamtuan Muda (Yam Dipertuan Muda) dan akan melantik salah seorang Bugis untuk menyandang jawatan tersebut. Dengan begitu Daeng Merewah dilantik sebagaiYamtuan Muda I bagi Johor-Riau-Lingga dan dengan itu kuasa orang Bugis telah beralih dari Selangor ke Riau.
Tahun 1730 terdapat orang Bugis yang bernama Daeng Mateko yang menikah dengan balu Daeng Parani yang bernama Engku Tengah. Namun, akibat konflik dengan orang Bugis di Selangor, beliau telah melarikan diri ke Siak dan mencoba menjalin persahabatan dengan raja kerajaan Siak. Lalu, pada tahun berikutnya beliau dengan Raja Kecil dari Siak telah mendapatkan kembali isterinya tetapi ditolak walaupun telah meminta maaf.
Tidak lama kemudian pada tahun 1740, Daeng Celak yaitu Yamtuan Muda bersama-sama dengan Sultan Sulaiman datang ke Selangor dan mengalahkan angkatan Siak yang dipimpin oleh Daeng Mateko dan Putera Raja Kecil. Sejak peristiwa itu, Daeng Celak berulang alik dari Riau ke Kuala Selangor. Daeng Celak mangkat pada 19 Mei 1945 dengan meninggalkan dua orang anak lelaki yang diberi nama Sultan Salahuddin Shah atau dikenali dengan Raja Lumu yang menjadi Sultan Selangor yang pertama dan Raja Haji yang syahid menentang Belanda di Teluk Ketapang di Malaka.
Saat ini Selangor diperintah oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Al-Marhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, sultan yang kedelapan dalam silsilah pemerintahan Selangor.
Sejak abad ke-15 negeri Johor pernah di bawah jajahan Kesultanan Malaka, Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Seterusnya, huru-hara yang melanda Selangor memberikan peluang kepada Ingris untuk menapak kakinya di Selangor. Pada akhirnya Selangor digabungkan dengan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk membentuk negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Kuala Lumpur sebagai ibu negeri Selangor.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini lantas dibentuk menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan seterusnya Persekutuan Malaysia pada 1963. Pada tahun 1974 pula, Selangor telah melepaskan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan sebagai ibu negara Malaysia. Selangor sekarang ini telah menjadi sebuah negeri yang termaju di Malaysia.
Amiruddin Lamide Maileng, mahasiswa PhD Universiti Pendidikan Sultan Indris (UPSI) Kuala Lumpur dan Aba’iyah Abdullah, mahasiswi UPSI.